Dua warga Thailand seludup 1,700 liter diesel Malaysia ditahan

Dua warga Thailand seludup 1,700 liter diesel Malaysia ditahan

DUA Toyota Hilux berpendaftaran Thailand ditahan AKPS setelah membawa diesel yang cuba diseludup ke negara itu melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. - IHSAN AKPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Meskipun taktik memasang tangki tambahan diketahui pihak berkuasa negara ini, dua warga Thailand yang memandu Toyota Hilux tetap nekad menyeludup diesel ke negara mereka melalui Bukit Kayu Hitam, dekat sini.

Bagaimanapun, cubaan mereka terkandas apabila ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam dua kejadian berasingan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kedua-dua kenderaan dipasang tangki tambahan setelah tangki asal diubah suai untuk menyembunyikan diesel bagi tujuan penyeludupan ke Thailand.

“Setiap kenderaan membawa diesel yang banyak iaitu 900 liter dan 800 liter dengan nilai keseluruhan RM5,236 mengikut harga semasa RM3.08 per liter.

“Tangkapan pertama dilakukan pada pukul 4.49 petang di bahagian pemeriksaan keluar Kompleks ICQS terhadap sebuah Toyota Hilux berpendaftaran Thailand yang tangki tambahan ditemukan diisi kira-kira 900 liter diesel,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Nasaruddin berkata, tangkapan kedua di lokasi sama pada pukul 7.45 malam menemukan 800 liter diesel lagi yang turut diisi dalam tangki tambahan diubah suai.

Katanya, kedua-dua tangkapan berusia 30-an dan 40-an bersama kenderaan masing-masing ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jumlah keseluruhan rampasan adalah RM105,236 termasuk dua kenderaan itu yang bernilai kira-kira RM100,000,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN