GEORGE TOWN: Dua lelaki melecur pada bahagian tangan dan kepala ketika cuba memadam kebakaran yang berpunca daripada sebuah bot di Bayan Lepas di sini, petang ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 40 dan 26 tahun itu disahkan melecur tahap satu, namun berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital ketika ini. Beliau berkata,…










