KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya, 40, mengesahkan dia menghidap renal cell carcinoma atau kanser buah pinggang.
Berkongsi di platform Threads, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin bagaimanapun memaklumkan kanser dialaminya itu masih pada tahap pertama.
“Sehingga tahun lepas, semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap satu.
“Tolong jangan abaikan isyarat tubuh kita,” tulisnya.
Zara dalam masa yang sama memaklumkan tidak menyangka simptom yang dialami merupakan petanda serangan kanser itu.
“Bertahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah dan denyutan berulang,” ujarnya. – UTUSAN










