GEORGE TOWN : Cadangan oleh seorang tokoh akademik iaitu Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘Wilayah Khas’ Kedah disifatkan sebagai mencabar struktur asas pembentukan Persekutuan Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, hal ini demikian kerana, Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menjelaskan bahawa kedua-dua negeri itu adalah berdaulat dan terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bersama…










