KOTA BHARU: Seorang bekas Pengurus Besar syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) melakukan sujud syukur di dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan menerima rasuah RM10,000 berkaitan projek AKSB, kira-kira 10 tahun lalu. Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Wan Mohd. Zamri Wan Ismail, 64, di akhir kes pembelaan. Dazuki dalam…










