KUALA LUMPUR: Baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap seorang wartawan sukan pada 25 November lalu masih diburu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek sudah dituduh di mahkamah, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti dan menahan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut. “Walaupun suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama. “Kami sedang mengesan…









