PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak tertentu yang mendewakan pemberi rasuah hingga dianggap sebagai pejuang. Perdana Menteri berkata, keadaan itu bukan sahaja mencerminkan kerosakan nilai dalam masyarakat malah boleh merosakkan keseluruhan sistem negara sekiranya dibiarkan berterusan. “Keinginan untuk membawa perubahan itu harus ada. Pertama adalah meninggalkan sistem yang bobrok, amalan yang kadang-kadang mendewa-dewakan orang yang rasuah, biasa lah, kalau dia ada kuasa, ada jawatan, tak rasuah bodoh lah dia,…










