BAGAN DATUK: Pekebun Kampung Tebuk Buluh di Sungai Nipah dekat sini terpaksa mengupah pekerja untuk mengangkut buah kelapa tua menggunakan sampan dalam banjir termenung yang berlarutan lebih sebulan. Seorang pekebun kelapa, Mohd. Sofian Zulkili, 32, berkata, kawasan kebun kelapa yang masih mengalami banjir termenung di kampungnya seluas lebih 24 hektar. Menurutnya, buah kelapa yang lama terendam dalam air akan membusuk dan tidak boleh dijual atau diproses untuk santan atau minyak…










