KUALA TERENGGANU: Seorang anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3,000, tiga tahun lalu. Kamarul Hairie Elias, 47, yang berpangkat Bintara Muda Maritim membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. Tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang pemilik syarikat berusia 57 tahun melalui orang tengah secara pindahan…










