PETALING JAYA: Beberapa daerah di Sarawak dijangka berdepan hujan lebat berterusan sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, hujan lebat berterusan pada paras buruk dijangka melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong. Menurut MetMalaysia, selain hujan lebat berterusan, amaran waspada turut dikeluarkan berikutan hujan berterusan yang dijangka berlaku. “Amaran waspada yang dikeluarkan melibatkan daerah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau) Mukah,…










