PETALING JAYA: Senarai rampasan milik ahli perniagaan, Albert Tei ditandatangani sendiri olehnya, sebaik sahaja diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM dalam kenyataan berkata, barangan tersebut telah diberikan oleh ahli perniagaan itu kepada pegawai SPRM. Katanya, selain itu, satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 telah diserahkan kepadanya pada 28 November 2025. “Antara barangan yang disita terdiri daripada…










