Ahli Majlis PBT: Mohd. Zaidi antara 15 muka baharu yang dilantik

Ahli Majlis PBT: Mohd. Zaidi antara 15 muka baharu yang dilantik

H'NG Mooi Lye (dua dari kanan) dan Mohd Zaidi Said (kiri) pada sidang akhbar sempena majlis pengumuman Ahli Majlis MBPP dan MBSP di George Town, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said antara 15 muka baharu yang dilantik bagi memenuhi kuota 48 Ahli Majlis untuk dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, H’Ng Mooi Lye, tempoh perlantikan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari sehingga 31 Disember tahun depan.

“Majlis angkat sumpah dan menandatangani pengakuan menerima jawatan pula akan diadakan pada 2 Januari 2026 iaitu secara berasingan di Menara Bandaraya (membabitkan Ahli Majlis MBSP) dan di Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama yang melibatkan Ahli Majlis MBSP,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Secara keseluruhannya, daripada 48 Ahli Majlis yang dilantik, DAP memiliki 20 orang wakil, diikuti oleh PKR seramai 17 wakil, Parti Amanah Negara (Amanah) dengan enam, UMNO dan Barisan Nasional (BN) seramai tiga orang manakala pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula memiliki dua orang wakil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN