ADUN BN antara bakal anggota Kabinet Sabah

ADUN BN antara bakal anggota Kabinet Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Kabinet Sabah yang akan mengangkat sumpah petang ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya telah menyerahkan nama ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin untuk perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, majlis angkat sumpah berlangsung di Istana Seri Kinabalu pada pukul 2 petang ini.

“BN telah menyerahkan nama Datuk Jafry Ariffin untuk senarai pembentukan Kabinet. Difahamkan majlis angkat sumpah berlangsung petang ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, dilaporkan majlis angkat sumpah bagi barisan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah yang baharu dijangka diadakan pukul 2 petang ini.

Walau bagaimanapun, hanya agensi media rasmi dibenarkan membuat liputan dan senarai penuh barisan anggota Kabinet hanya akan diketahui selepas majlis angkat sumpah. Sidang akhbar mengenainya dijangka dibuat oleh Hajiji selepas majlis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN