KANGAR: Banjir besar yang melanda Perlis baru-baru ini telah menenggelamkan seluas 14,785.56 hektar sawah di negeri ini dengan anggaran kerugian mencecah sebanyak RM41 juta. Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Hafizuddin Othman berkata, bencana itu memberi kesan kepada seramai 9,286 pesawah. Katanya, air mula naik pada 23 Novomber lalu dan mula surut lima hari kemudian. “Bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), masih terdapat sebahagian kawasan sawah masih ditenggelami air sehingga kelmarin.…










