TAWAU: Kira-kira 30 keluarga dilaporkan hilang tempat tinggal selepas rumah perkampungan atas air yang didiami hangus dalam kebakaran di Kampung Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas, dekat sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.23 malam sebelum 11 anggota bersama jentera bertindak ke lokasi kejadian. “Ketika tiba di lokasi, api sedang marak dan merebak dengan pantas berikutan kedudukan rumah…










