Kanak-kanak nyaris dibaham singa di zoo - Utusan Malaysia

Kanak-kanak nyaris dibaham singa di zoo

GAMBAR fail seekor singa. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berdepan detik mengerikan apabila disambar dan dicakar oleh seekor singa di sebuah zoo di China selepas haiwan itu menariknya melalui celah jeriji besi ketika sesi memberi makan.

Kejadian ngeri itu berlaku pada Khamis lalu di Zoo Taman Shantou Zhongshan, Guangdong, China. 

Insiden tercetus selepas seorang penjaga zoo membawa kanak-kanak itu masuk ke kawasan zon penampan keselamatan bagi memberi makan kepada singa betina tersebut walaupun mangsa sebenarnya terlalu muda untuk menyertai aktiviti berkenaan.

Rakaman video serangan menunjukkan mangsa sedang menghulurkan makanan di celah jeriji besi.

Secara tiba-tiba, haiwan itu menghulurkan kakinya melalui celah sangkar dan menyambar pakaian kanak-kanak tersebut.

Mangsa kedengaran menjerit ketakutan apabila singa itu merentap seluarnya dan cuba menariknya lebih dekat ke arah sangkar. 

Seorang penjaga zoo segera meluru membantu dengan memegang mangsa sekuat hati sambil cuba melepaskan cengkaman pemangsa tersebut.

Penjaga terbabit kemudian mengambil sebatang rod besi dari lantai dan menusuk haiwan itu berkali-kali bagi memaksanya melepaskan mangsa. 

Selepas bergelut selama hampir 30 saat, dia akhirnya berjaya merentap kanak-kanak itu keluar dari kuku singa berkenaan.

Penjaga zoo yang terlibat telah digantung tugas dan ditukarkan bahagian kerana melanggar peraturan dengan membenarkan kanak-kanak bawah umur masuk ke kawasan pemberian makan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN