PETALING JAYA: Sebanyak 21 laluan penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia bermula bulan ini hingga pertengahan Januari tahun depan sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penambahan tersebut melibatkan 16 penerbangan berjadual dan lima penerbangan sewaan. Katanya, kesemua laluan itu dikendalikan oleh 10 syarikat penerbangan yang menghubungkan Malaysia dengan destinasi di rantau ASEAN, Asia Timur, Uzbekistan dan Sri Lanka.…










