PETALING JAYA: Seramai 10,535 mangsa banjir daripada 3,412 keluarga direkodkan di 99 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat pukul 12 tengah hari ini. Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara negeri terbabit ialah Pahang, Johor, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Sarawak. Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 9,549 orang melibatkan 3,132 keluarga yang kini ditempatkan di 78 PPS. Daerah yang terjejas termasuk Kuantan, Maran, Rompin, Pekan…










