KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) sehingga kini masih belum mengemukakan sebarang bukti jelas bahawa parti itu telah menyelesaikan 17 daripada 21 tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika menjadi kerajaan negeri dari 2018 hingga 2020. Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, dakwaan yang sering diulang oleh Warisan itu menimbulkan persoalan kerana sehingga sekarang tiada senarai rasmi, dokumen sokongan atau rekod pelaksanaan yang pernah ditunjukkan kepada…










