PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan seorang wanita Filipina berusia 50-an, kerana disyaki menyalahgunakan pas untuk tinggal di Malaysia dan menjadi presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Wanita berkenaan ditahan ketika sedang berkumpul bersama beberapa rakan senegara di sebuah sekolah antarabangsa di sini, semalam. Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, wanita terbabit masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) kira-kira dua dekad…










