Utamakan lepasan TVET, sebelum ambil pekerja asing

Utamakan lepasan TVET, sebelum ambil pekerja asing

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan me­netapkan syarat kepada pemain industri perlada­ngan supaya mengambil pelajar lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang berkaitan sebelum dibenarkan mengambil pekerja asing.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia bagi memperkukuh tenaga kerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap buruh luar.

Katanya, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan memperkasa pelaksanaan TVET di Sabah dan Sarawak, selain memastikan peluang pekerjaan dalam sektor perladangan dan komoditi diisi oleh rakyat tempatan terlebih dahulu.

“Kita mahu syarikat-syarikat perladangan memberi ke­utamaan kepada pelajar TVET sebelum mereka dibenarkan menggaji pekerja asing.

“Usaha ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak tempatan bekerja, tetapi juga melahirkan tenaga mahir yang mampu membawa perubahan kepada sektor per­ladangan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Eksplorasi TVET Komuniti 2025 di Kolej Komuniti Beaufort, Sabah semalam.

Johari berkata, pelaksanaan dasar itu menunjukkan hasil positif apabila jumlah tenaga kerja asing dalam sektor perladangan menurun dengan ketara daripada sekitar 600,000 orang kepada hanya 300,000 orang ketika ini.

Katanya, peluasan pelaksanaan TVET ke kawasan luar bandar di kedua-dua negeri memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat, selain melahirkan tenaga ker­ja tempatan berkemahiran tinggi.

“Di Sabah dan Sarawak, TVET amat penting. Kita ada lebih 1.5 juta hektar ladang kelapa sawit di Sabah manakala Sarawak mempunyai 1.6 juta hektar.

“Industri sebesar ini memerlukan tenaga kerja tempatan terlatih, bukan sekadar untuk kerja asas tetapi juga dalam bidang operasi dan teknologi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN