TAMPARULI: Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tamparuli menyokong keputusan parti itu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) demi mengembalikan maruah dan autonomi politik Sabah. Ketua Pemuda UPKO Tamparuli, Maxolvin Sintore Gabu berkata, tindakan itu penting kerana UPKO tidak pernah dihormati sepenuhnya sepanjang bersama dalam gabungan tersebut, walaupun Presidennya, Datuk Ewon Benedick dilantik secara sah sebagai Pengerusi PH Sabah. “Pelantikan itu ditolak secara terbuka oleh PKR, sekali gus membuktikan PH Sabah tidak…










