Universiti Shanghai Jiao Tong tawar diskaun kepada pelajar Mara

Universiti Shanghai Jiao Tong tawar diskaun kepada pelajar Mara

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Shanghai Jiao Tong bersedia menawarkan diskaun yuran pengajian serta biasiswa tajaan bersama kepada pelajar-pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tawaran itu melibatkan para pelajar di dalam bidang Kejuruteraan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteknologi tinggi serta kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, universiti tersebut merupakan institusi pengajian tinggi ketiga terbaik di China dan berada pada kedudukan ke-47 terbaik dunia.

“Shanghai Jiao Tong University, universiti ketiga terbaik Negara China, ke-47 dunia bersedia beri diskaun yuran pengajian bahkan tawar biasiswa secara tajaan bersama pelajar-pelajar Mara dalam bidang Kejuruteraan, TVET berteknologi tinggi dan AI,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN