JERANTUT: Majoriti penduduk lima kampung di Ulu Tembeling di sini, memasang tong dram di bawah rumah, kedai runcit dan restoran mereka sebagai pelampung bagi menghadapi ancaman banjir sekiranya air Sungai Tembeling melimpah menjelang ketibaan Monsun Timur Laut. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bantal, Hamdan Ali berkata, kampung terlibat ialah Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi. “Penduduk sudah terbiasa dengan cabaran…









