KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan terhadap hantaran di media sosial tidak boleh bersifat berat sebelah dan tidak boleh digunakan untuk menekan pembangkang atau mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan. Datuk Idris Ahmad (PN–Bagan Serai) berkata, peningkatan peruntukan kawalan pematuhan di bawah Kementerian Komunikasi menimbulkan kegusaran kerana wujud persepsi tindakan penguatkuasaan lebih kerap dikenakan terhadap pihak yang berbeza pandangan dengan kerajaan, berbanding dilaksanakan secara sama rata ke atas semua pihak. Katanya, walaupun…










