PETALING JAYA: Tiga daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Pendang dan Langkawi diramalkan dilanda banjir susulan amaran hujan lebat berterusan (Bahaya) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam kenyataan berkata, banjir diramalkan berlaku di ketiga-tiga daerah tersebut mulai hari ini sehingga Jumaat ini. Katanya, antara lokasi dijangka terjejas adalah kawasan rendah yang berada sekitar lima kilometer dari Sungai Bata (Kubang Pasu), Sungai…










