PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di perairan Laut China Selatan susulan Taufan Fung-Wong yang melanda Filipina, awal pagi tadi. Taufan dengan kelajuan angin maksimum 120 kilometer sejam (km/j) itu dikesan berada kira-kira 129 km di barat daya Vigan City, Filipina. Menurut kenyataan dikeluarkan MetMalaysia, taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 km/j. “Taufan Fung-Wong kini berada…










