PETALING JAYA: Cadangan menambah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela adalah satu potensi yang mampu membawa kesan besar sekiranya berjaya dilaksanakan secara meluas. Pensyarah Kanan, Sekolah Perakaunan dan Kewangan, Taylor’s Business School, Dr. Paul Anthony Maria Das berkata, Malaysia kini mempunyai sekitar 16.5 juta pekerja, namun hanya separuh daripadanya benar-benar aktif mencarum KWSP. Di sebalik angka itu, katanya, ada lebih lapan juta pekerja yang tidak menyumbang secara konsisten…










