KOTA BHARU: Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membuat keputusan selepas beliau dirujuk ke[ada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung tuduhan ke atas anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, ketika ini beliau sedang menyiapkan jawapan selepas diberikan tempoh tujuh hari bagi menjawab dakwaan yang dibangkitkan berhubung tindakan Maritim Malaysia menyerbu Masjid Rusila di Marang,…










