KUALA LUMPUR: Tadbir urus data yang lemah dan ketiadaan dasar jelas berkaitan keselamatan maklumat adalah faktor terbesar yang mengekang perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) secara lebih meluas, meskipun tahap kesedaran terhadap teknologi itu semakin meningkat. Dapatan itu diperoleh melalui tinjauan Xero Asia melibatkan 1,033 PMKS di Malaysia yang mendapati 68 peratus responden mahu kerajaan mewujudkan dasar perlindungan data dan rangka kerja tadbir urus…










