KOTA BHARU: Air Sungai Golok di Rantau Panjang, dekat sini melepasi bacaan paras bahaya 8.80 meter hari ini susulan hujan lebat sejak semalam. Limpahan itu menyebabkan beberapa buah kampung berhampiran Sungai Golok iaitu Kampung Lanchang, Tersang dan sekitarnya dinaiki air. Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, setakat pukul 3 petang ini, seramai 9,720 mangsa dari empat buah daerah sedang berlindung di 40 pusat pemindahan sementara (PPS). Katanya, kesemua…










