KUALA LUMPUR: Satu subjek baharu iaitu Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) akan diperkenalkan di universiti yang memfokuskan kepada aspek pembentukan insan dan tasawwur Islam. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ia akan dikemukakan dalam masa terdekat supaya pelaksanaannya dapat dimulakan di peringkat universiti. Katanya, penerapan nilai kemanusiaan serta pembinaan adab amat penting, khususnya dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia moden. “Subjek ini merupakan antara inisiatif bagi memperkukuh…

								
											








