Pemandu lori parah, dua penembak cedera dirempuh pacuan empat roda

Pemandu lori parah, dua penembak cedera dirempuh pacuan empat roda

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori cedera selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di Taman Seri Kapar, Klang dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu turut mengakibatkan pemandu lori itu cedera parah. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan dua lelaki bermotosikal yang melepaskan tembakan ke atas seorang pemandu lori. 

Katanya, orang awam memandu kenderaan pacuan empat roda yang melihat kejadian tersebut bertindak merempuh motosikal dinaiki kedua-dua suspek. 

“Saya mengesahkan kejadian itu berlaku. Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar 9 hingga 9.30 pagi tadi. Saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat untuk lebih lanjut mengenai kes ini.

“Masih tidak dapat disahkan (suspek cedera atau cedera parah) sebab masih lagi untuk tindakan. Itu situasi setakat ini, saya tidak boleh komen lanjut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Shazeli berkata, ketika ini pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor dan pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian.

“Kita pun tidak dapat mengesahkan identiti dan butiran mengenai suspek. Selepas selesai siasatan forensik di lapangan, baru kita dapat sahkan identiti, rampasan ataupun motif kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 13 saat memaparkan keadaan seorang lelaki terlentang di atas jalan raya dengan dikaitkan dengan kes tembakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×