SPRM perkukuh penggunaan teknologi AI kesan jenayah kewangan

SPRM perkukuh penggunaan teknologi AI kesan jenayah kewangan

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), dan forensik digital akan diperkukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengesan serta membanteras jenayah kewangan dan rasuah yang semakin kompleks.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kemajuan teknologi telah mengubah landskap tadbir urus dan jenayah, membolehkan penjenayah bergerak lebih pantas, lebih pintar serta sering melangkaui sempadan.

“SPRM telah mengguna pakai kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI) yang menggabungkan pengalaman penyiasatan tradisional dengan analitik data dan sistem bantuan AI

“Ia bagi menjejak aliran kewangan tidak teratur serta memetakan rangkaian jenayah dengan lebih berkesan.

“Operasi kami kini mengintegrasikan AI untuk tujuan pembuktian, analisis dokumen dan penilaian kes, sekali gus membolehkan pegawai melengkapkan siasatan kes kompleks dalam tempoh lebih singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Persidangan Antarabangsa Ke-15 Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Azam turut memaklumkan bahawa SPRM sedang meneliti pelaksanaan Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (Deferred Prosecution Agreement – DPA) seperti yang dilaksanakan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Menurutmya, melalui mekanisme ini, syarikat yang terlibat dalam kesalahan rasuah boleh memulangkan aset haram dan melaksanakan reformasi bagi menangani rasuah dalam organisasi mereka.

Ia sebagai pertukaran untuk pertimbangan kehakiman, selain dapat menjimatkan masa serta sumber daripada melalui perbicaraan mahkamah yang panjang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN