KOTA KINABALU: Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) diminta menjadi penggubal kerangka Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah (SSWF) termasuk penyediaan draf enakmennya. Pengerusi Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, SSWF merupakan antara janji manifesto sekiranya GRS diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. “Saya telah meminta SLS terlibat dalam pasukan menyediakan kerangka SSWF termasuk penggubalan enakmen berkaitan,” katanya dalam kenyataan selepas pertemuan dengan Presiden SLS, Datuk Mohamed…










