SEREMBAN: Kegiatan sindiket pecah rumah yang menyasarkan kediaman mewah di sekitar daerah ini berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga orang suspek termasuk dua rakyat China baru-baru ini. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Ogos lalu dengan modus operandi melakukan jenayah pecah rumah di taman perumahan mewah pada waktu malam. Menurut Alzafny, suspek pertama lelaki warga China berusia 37 tahun ditahan pada pukul 1.15 pagi,…










