KUANTAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ganja dengan rampasan keseluruhan bernilai RM5.34 juta dalam dua operasi di Bentong dan Maran, awal bulan ini. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam serbuan pertama pada 4 November lalu, polis menemukan 240 bungkusan plastik lutsinar berisi ganja seberat 140.4 kilogram dianggarkan bernilai RM5.04 juta yang disembunyikan dalam sebuah kereta Toyota Camry di kawasan projek…










