KOTA KINABALU: Politik Sabah memasuki tempoh paling getir dalam tempoh 48 jam terakhir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan pelbagai serangan saat akhir mula dilancarkan antara sesama calon dan parti bertanding. Minggu terakhir kempen PRN menyaksikan serangan berbentuk penyebaran berita palsu di media sosial bagi memburukkan pihak lawan di samping taktik menyerang peribadi. Misalnya penularan satu video kononnya menggambarkan kemewahan seorang pemimpin parti dan penyebaran poster provokasi berbaur hasutan di…










