KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu kenderaan membawa muatan berlebihan, sekali gus menolak gesaan segelintir pihak yang mahu kelonggaran atau tempoh peralihan diberikan. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana isu lebih muatan bukan perkara baharu sebaliknya masalah berpuluh tahun yang mengundang risiko keselamatan serius kepada pengguna jalan raya. Katanya, Ahli Parlimen yang meminta kementerian mempertimbangkan ‘soft landing’ hanya akan menggagalkan penguatkuasaan…










