TAWAU: Bersedia berdepan tindakan ditukarkan oleh pimpinan atasan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) jika mandat sebagai calon mewakili GRS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan gagal dilaksanakan. Calon GRS, Samsiah Usman berkata, bahawa beliau bersedia ditukarkan pada bila-bila masa sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan rakyat serta pucuk pimpinan parti. “Amanah yang diberikan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mahupun Presiden PHRS, Tan Sri Liew Yun Fah, datang bersama…










