KUCHING: Sarawak terus melangkah dalam memajukan kelestarian alam sekitar, ekonomi kitaran dan peralihan tenaga apabila memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa, 2025. Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, RUU itu mewujudkan rangka kerja perundangan komprehensif serta satu pihak berkuasa khusus untuk mengawal selia, menyelaras dan mempromosikan pengurusan sumber lestari dan sisa di seluruh negeri. “Klausa 3 memperuntukkan penubuhan satu pihak berkuasa khusus untuk mengawal selia,…










