PETALING JAYA: Proton Saga Serba Baharu mencuri tumpuan apabila menerima 10,000 tempahan dalam tempoh hanya lima hari selepas dibuka untuk pra-tempahan, sekali gus membuktikan daya tarikan kuat model ikonik itu dalam kalangan pengguna di Malaysia. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ir. Abdul Rashid Musa berkata, Saga Serba Baharu bukan sekadar sebuah kereta tetapi ia juga merupakan simbol kemajuan negara yang diolah semula untuk generasi baharu. “Bagi memastikan pelanggan dapat…










