KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengisytiharkan esok sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi seluruh negeri bagi memudahkan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan seramai mungkin rakyat keluar mengundi dengan selesa tanpa kekangan urusan kerja. “Kerajaan Negeri berharap pengisytiharan cuti ini memberi ruang secukupnya kepada rakyat untuk melaksanakan hak…










