PAPAR: Tidak adil untuk menyalahkan Parti Warisan (Warisan) yang menjadi punca kegagalan di Sabah yang berdepan tiga isu utama iaitu jalan raya, air dan elektrik. Itu ketegasan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang berkata, kegagalan berpanjangan melibatkan projek-projek Persekutuan itu tidak harus dilemparkan kepadanya, sedangkan ia merentasi Persekutuan di bawah pentadbiran lima Perdana Menteri. Katanya, tuduhan bahawa semua krisis yang berpunca daripada pentadbirannya adalah helah politik semata-mata yang…










