RUU Profesion Kerja Sosial masih dalam kajian

RUU Profesion Kerja Sosial masih dalam kajian

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dasar serta kebolehlaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS) sedang dinilai memastikan pelaksanaannya merangkumi semua pengamal.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, draf RUU berkenaan antara lain bertujuan mewujudkan penstrukturan jelas kepada profesion kerja sosial di Malaysia.

Katanya, setakat ini RUU tersebut akan terpakai kepada pengamal kerja sosial di sektor swasta dan penjawat awam yang mengamalkan kerja sosial di luar tugas rasmi kerajaan.

“Ketetapan ini dibuat berdasarkan hasrat kerajaan untuk memenuhi pandangan semua pihak sebaik mungkin.

“Ini termasuk input dan pandangan pihak-pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, syarikat korporat, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui beberapa siri sesi libat urus yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) berkaitan mekanisme memastikan RUU Profesion Kerja Sosial mengawal selia golongan pekerja sosial sektor awam.

Tambah Nancy, kementerian juga akan mengadakan sesi libat urus lanjut dengan semua pihak berkepentingan sekiranya kerajaan berhasrat meminda dasar berhubung pemakaian penuh RUU itu kepada pengamal kerja sosial sektor awam.

“Hasil daripada kesemua siri sesi libat urus yang telah diadakan, pelbagai maklum balas telah diterima dan dipertimbangkan kementerian.

“Oleh yang demikian, pilihan terbaik yang diambil pada masa ini adalah untuk menilai semula dan meneliti keperluan perubahan dasar dan kebolehlaksanaannya kelak.

“Penjelasan terperinci mengenai mekanisme kawal selia dan pemakaian akta hanya boleh kita perincikan setelah keputusan dasar dimuktamadkan kelak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN