PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$124.1 bilion pada 14 November 2025 meningkat berbanding AS$123.8 bilion pada 31 Oktober 2025. Bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. “Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (US$109.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9…










