Rina Jainal letak jawatan, kekal berjuang di DUN Kukusan

Rina Jainal letak jawatan, kekal berjuang di DUN Kukusan

RINA JAINAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Datuk Rina Jainal meletakkan jawatannya serta-merta daripada parti itu selepas keahliannya digantung selama tiga tahun.

Rina berkata, keputusan itu dibuat atas prinsip dan maruah diri selepas merasakan dirinya menjadi mangsa sabotaj politik dalam PHRS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Tindakan menggantung saya tiga hari sebelum hari penting itu amat mencurigakan dan dilihat disengajakan bagi menghalang saya daripada bertanding,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, PHRS melalui Setiausaha Agungnya, Christy Chok Lee Lui, mengumumkan penggantungan jawatan dan keahlian Rina selama tiga tahun atas dakwaan melanggar disiplin parti.

Rina berkata, perjuangannya di Kukusan tidak akan terhenti hanya kerana keputusan PHRS, sebaliknya akan diteruskan pada PRN Sabah kali ini.

“Saya akan terus berjuang di Kukusan kerana masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk rakyat di sini. Ini bukan soal parti semata-mata, tetapi soal tanggungjawab dan amanah.

“Ramai pengundi di Kukusan yang memohon agar saya terus bertanding dan memperjuangkan suara mereka. Selagi mereka mahu saya di sini, saya tidak akan berpaling,” tegasnya.

Namun tidak menyatakan sama ada sebagai calon Bebas atau mewakili parti lain.

Rina sebelum ini dipilih sebagai ADUN Kukusan pada PRN Sabah 2020 dan merupakan antara pemimpin wanita muda yang menonjol di pantai timur negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN