TAWAU: Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Datuk Rina Jainal meletakkan jawatannya serta-merta daripada parti itu selepas keahliannya digantung selama tiga tahun. Rina berkata, keputusan itu dibuat atas prinsip dan maruah diri selepas merasakan dirinya menjadi mangsa sabotaj politik dalam PHRS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. “Tindakan menggantung saya tiga hari sebelum hari penting itu amat mencurigakan dan dilihat disengajakan bagi menghalang saya daripada bertanding,” katanya dalam kenyataan…










