Rakyat Sabah perlu beri isyarat awal kepada kerajaan

Rakyat Sabah perlu beri isyarat awal kepada kerajaan -Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANGGAR: Perikatan Nasional (PN) menyeru rakyat memberi isyarat awal kepada kerajaan hari ini yang dianggap banyak memberi masalah kepada negara, sekali gus perlu memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan itu akan memberi cerminan kepada keseluruhan sistem dalam politik, bermula dengan Saah dan seterusnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Berbaki beberapa jam sahaja lagi tempoh berkempen, saya menyeru rakyat memberi isyarat awal kepada kerajaan yang telah membuat banyak perkara yang tidak baik kepada negara. Saya pada malam ini tidak mahu menceritakan perjanjian Malaysia dan Amerika Syarikat yang menjadi perdebatan sehingga ke hari ini. Adakah kerajaan pusat dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim menggadaikan negara kita kepada negara asing? Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku.

“Jadi untuk PRN kali ini, Sabah perlu menjadi cerminan politik di peringkat negara, apa yang berlaku dan ditunjukkan oleh rakyat Sabah ini akan menjadi suatu cerminan tentang apa yang kemungkinan berlaku di negara keseluruhan,” katanya pada Ceramah Mega Kasi Bagus Sabah di Telipok, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut meggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap pendedahan berhubung dakwaan ahli perniagaan Albert Tei yang menjadi pendedah maklumat dalam skandal rasuah berkaitan lesen cari gali mineral melibatkan ahli politik di Sabah.

“Tindakan mesti diambil tanpa memilih siapa orangnya untuk membeberas rasuah, ia mesti diambil secara setegas-seteganya. Dan ini juga dikaitkan dengan apa yang sudah berlaku di Sabah, dikaitkan dengan beberapa orang-orang yang agak penting dalam pimpinan Sabah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN