Radzi Jidin ganti Hamzah sebagai Ketua Pembangkang?

Radzi Jidin ganti Hamzah sebagai Ketua Pembangkang?

SANY HAMZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang Ahli Parlimen kerajaan mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang didakwa bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang menimbulkan persoalan lebih-lebih lagi ketika krisis yang sedang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) turut mengucapkan ‘takziah’ kepada Ke­tua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang didakwa akan dilucutkan daripada jawatan itu.

“Saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Parlimen Putrajaya yang khabar­nya akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia.

“Takziah diucapkan kepada Ahli Parlimen Larut yang dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Selamat bertugas Yang Berhormat Putrajaya,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan (KKM) di Dewan Rakyat semalam.

Sehubungan itu, suasana Dewan Rakyat bertukar riuh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan ucapan tersebut tidak selaras dengan sesi perbahasan RUU di bawah KKM.

Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong Yeng kemudiannya menegur Ahli Parlimen Hulu Langat itu agar tidak berpolitik dalam Dewan.

Terdahulu, media melaporkan, satu draf dokumen dalaman bertarikh 10 November 2025 didakwa sebagai surat sulit kepemimpinan Bersatu menggesa tindakan segera diambil ke atas individu ter­tentu bagi mendamaikan dan memulihkan kesejahteraan parti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN